Jumaat, 18 September 2015

Tutorial Frog VLE 1

Memasukkan Power Point ke dalam site

Langkah 1
Log masuk Frog VLE anda seperti biasa.



Langkah 2

1. Klik pada icon Quick Launch.
2. Klik Google Drive. Kita perlu muatnaik (upload) slaid Powerpoint kita dahulu ke dalam Google Drive.




Langkah 3

Klik butang NEW dan klik File Upload




Langkah 4

Pilih slaid powerpoint yang anda ingin upload dan klik Open.


Fail powerpoint anda akan diupload ke dalam Drive. Setelah selesai, fail akan terpapar seperti gambar di bawah. TETAPI jika ikon fail anda berbentuk huruf P seperti gambar di bawah, anda perlu ikut langkah seterusnya. Jika tidak, sila terus ke langkah 7.




Langkah 5

Klik pada ikon Gear dan pilih Settings


Langkah 6

Sila klik dalam kotak Convert uploaded files to Google Docs editor format. Setelah itu klik Done.



Upload sekali lagi fail powerpoint anda. 

 Langkah 7

Sekarang, klik pada nama Slaid Powerpoint (ikon kotak) untuk membukanya.



Langkah 8

Sekarang, klik File dan pilih Publish to the web. Rujuk gambar di bawah.




Langkah 9

Pastikan anda klik pada Embed. Setelah itu, klik pada Publish seperti gambar di bawah.



Langkah 10

Setelah itu, akan terpapar seperti di bawah. Sila telan butang ctrl + C untuk copy code tersebut.



Langkah 11

Sekarang, untuk memudahkan, anda boleh paste code tadi ke dalam word dokumen ataupun notepad. Ini kerana anda perlu edit sedikit code tersebut. Jika sudah mahir, anda boleh langkau Langkah ini dan terus ke langkah 14



Langkah 12

Sila edit code dengan memadam sebahagiannya dan tinggalkan seperti di bawah. 



Langkah 13

Highlight dan copy code yang telah anda edit tadi. Lihat di bawah.



Langkah 14

Sekarang, buka site yang anda bina. Drag and drop widget Embed Website ke dalam site seperti di bawah.



Langkah 15

Pada kotak Enter URL, paste code yang telah anda edit tadi.



Anda boleh menetapkan ketinggian paparan slaid anda dalam site dalam kotak Enter Height.
Setelah selesai, klik Save Changes dan klik X.


Langkah 16

Tahniah!!! Anda telah berjaya memasukkan slaid powerpoint ke dalam site Frog VLE anda. 

credit to : cikguidris.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan