Thursday, September 17, 2015

Tutorial Frog VLE 2

Memasukkan worksheet ke dalam site

Langkah 1

Log masuk ke dalam Google Drive anda dan klik pada nama worksheet yang telah anda muatnaik.



Langkah 2

Satu tab baru akan dibuka dan worksheet kita terpapar melalui aplikasi Google Document . Seterusnya, klik butang Share seperti dalam paparan di bawah.



Langkah 3

Apabila paparan seperti di bawah keluar, klik pada Advanced.

Langkah 4

Seterusnya, klik Change.






Langkah 5
(1)    Klik pada radio button On – Anyone at Yes with the link.
(2)    Pada bahagian Access, klik anak panah dan pilih Can edit.
Klik butang Save.





Langkah 6

Pada kotak Link to share, kita akan nampak url yang dihighlight. Klik kananpada url tersebut dan pilih Copy. Kemudian, klik Done.



Langkah 7

Sekarang, kita buka site yang kita bina. Kemudian, drag and drop widget External Link ke dalam site.





Langkah 8

(1)    Klik pada icon External Link.
(2)    Masukkan tajuk latihan.
(3)    Klik kanan dan paste url worksheet yang kita copy tadi.
Seterusnya Klik Save Changes dan klik X.


Sekarang, kita telah berjaya memasukkan worksheet tadi ke dalam site kita. Setelah kita sharekan site kita kepada murid, murid akan dapat mengakses worksheet tadi dengan hanya klik link yang telah kita sediakan ini.


Contoh Penggunaan dalam PdP

Langkah 1

Murid akan log in Frog dan membuka site yang kita telah bina. Kemudian, mereka akan klik pada pautan Exercise yang kita letakkan.



Langkah 2

Anak panah di bawah menunjukkan 2 orang anak murid telah membuka worksheet tersebut. Bilangannya akan bertambah sebaik semua murid membukanya.



Di sini kita punyai 2 pilihan iaitu :

(1)    Pilihan 1 – meminta murid menjawab worksheet tersebut secara individu dan kemudian guru boleh menyemak jawapan setiap murid. Bagaimanapun, murid perlu membuat beberapa langkah sebelum boleh menjawab secara individu. Ini kerana, worksheet yang terpapar sekarang adalah yang dikongsi. ( Sila rujuk langkah 3 di bawah )
 
(2)    Pilihan 2 – menggunakan worksheet tersebut untuk aktiviti perbincangan terus di mana guru boleh meminta beberapa orang murid menaip jawapan mereka dan kemudian jika ada kesalahan, guru boleh meminta murid lain membetulkan jawapan rakan mereka. Aktiviti ini amat menarik minat murid kerana apa yang ditaip rakan mereka akan dipaparkan terus dalam computer mereka. Pilihan 2 ini mungkin boleh dijalankan setelah murid selesai menjawab secara individu dalam Pilihan 1.

Langkah 3

Untuk menjawab secara individu, murid perlu membuat salinan worksheet atas nama mereka. Caranya ialah klik File dan kemudian klik Make a copy.




Langkah 4

Minta murid menaip nama mereka sebagai file name. Kemudian, tick dalam kotak Share it with the same person. Ini bagi memastikan worksheet ini kembali kepada kita untuk disemak. Klik OK.



Langkah 5

Murid boleh mula menjawab soalan di dalam worksheet tersebut. Setelah selesai menjawab, mereka hanya perlu tutup sahaja tab berkenaan kerana pada awal tadi, ianya telah disetkan secara otomatik disharekan kepada guru yang membina worksheet tersebut.






Langkah 6

Untuk guru menyemak hasil kerja murid, guru hanya perlu buka Google Drive dan lihat di bahagian Shared with Me. Worksheet murid tadi aka nada di sana.


credit to : cikguidris.com

No comments:

Post a Comment