Selasa, 21 November 2023

Kod HTML

KOD HTML UNTUK HASILKAN JAM ANALOG ATAU DIGITAL 

1. Jam Analog :

<html>

<head>

<title>JAM</title>

</head>

<body align="center">

<h1>WAKTU SEKARANG:</h1>


<iframe src="https://free.timeanddate.com/clock/i92khepl/n122/szw400/szh400/hoc09f/hbw10/hfcf0f/cf100/hnce1ead6/fas30/fdi66/mqc000/mql15/mqw4/mqd98/mhc000/mhl15/mhw4/mhd98/mmc000/mml10/mmw1/mmd98/hhs2/hms2/hsv0" frameborder="0" width="400" height="400"></iframe>

<h2>PEPERIKSAAN TOV STPM U1 & S1 2023</h2>

<h2>EKONOMI KERTAS 1</h2>

<h2>8.05 - 10.05 PAGI</h2>


</body>

</html>

Paparan :


2. Jam digital:

<html>
<head>
<title>JAM</title>
</head>
<body bgcolor="#F3BF8F" align="center">
<h1>WAKTU SEKARANG:</h1>
<br></br>

<iframe src="https://free.timeanddate.com/clock/i94dbkvm/n122/tlmy40/fn7/fs48/tct/pct/ftb/th2" frameborder="0" width="304" height="69" allowtransparency="true"></iframe>

<br></br>
<h2>PEPERIKSAAN TOV STPM U1 & S1 2023</h2>
<h2>EKONOMI KERTAS 1</h2>
<h2>8.05 - 10.05 PAGI</h2>




</body>
</html>
Paparan:



Khamis, 12 Oktober 2023

Maklumat Tentang Berbekam

 


Bekam merupakan kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati bermacam penyakit.

Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

 

JENIS-JENIS BEKAM

BEKAM KERING

Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, kaedah bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.

 

BEKAM BASAH

Bekam basah adalah sebuah kaedah bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.

Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.


BEKAM API

Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

 

PERBEZAAN BEKAM DAN DERMA DARAH

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.

FAEDAH BERBEKAM

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.

Kesan Sampingan Bekam


Sepertimana kaedah perubatan lain, bekam juga mempunyai kesan sampingan sekiranya tidak dilakukan dengan kaedah yang betul. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.

Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor anda. Umumnya, individu yang tidak digalakkan untuk berbekam ialah wanita mengandung, wanita haid, wanita yang kerap keguguran, individu yang terlalu lemah, orang tua uzur, pengidap kanser darah, pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.

 

Sumber : isn.gov.my  , 7.1.2016


BERBEKAM merupakan sunnah Rasulullah SAW. Rawatan itu sudah wujud sejak ribuan tahun lalu dengan menggunakan alatan seperti tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.

Amalan berbekam bermaksud menyedut keluar darah kotor daripada tubuh yang dipercayai dapat mengurangkan gejala penyakit dan alternatif rawatan kecantikan.

“Bekam darah yang dilakukan pada wajah atau badan juga bagus untuk kecantikan dan anti-penuaan. Apabila berbekam, aliran darah menjadi lancar dan hasil maklum balas pelanggan, kulit mereka tampil lebih berseri, cantik dan kurang garis halus.

“Jika untuk kecantikan, pelanggan dicadangkan berbekam pada wajah dan hasilnya, jerawat akan mula mengecut, jeragat pudar dan kulit lebih segar. Sebenarnya aliran darah yang lancar memberikan hasil kulit yang berseri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, katanya, bekam juga boleh merawat resdung dan pelbagai penyakit.

BEKAM MENYAKITKAN?
Tanggapan masyarakat kononnya rawatan bekam menakutkan ditepis Nur Aslinda kerana katanya, rawatan terkini kurang menyakitkan malah luka cepat kering dan sembuh.

Katanya, dahulu torehan menggunakan pisau dan adakala menyebabkan badan sakit tetapi kini menggunakan jarum halus.

“Dengan jarum halus, darah hanya akan keluar sedikit dan luka pun cepat sembuh,” ujarnya.

HILANG BANYAK DARAH?
Nur Aslinda menambah, berbekam hanya mengeluarkan darah yang ada pada bawah kulit sahaja tanpa menyentuh arteri atau saluran darah besar.

“Sebelum berbekam, kita akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Individu yang mempunyai masalah darah dinasihatakan untuk tidak melakukannya. Kalau kita keluarkan darah kotor bimbang ganggu kesihatan mereka.

“Masalah seperti kanser darah dan anemia tidak boleh berbekam,” katanya.

INDIVIDU TIDAK BOLEH BEKAM?
» Wanita mengandung
» Orang tua yang uzur
» Pesakit kencing manis
» Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

MASA TERBAIK
» Sebulan sekali atau tiga bulan sekali bergantung kepada gaya hidup.
» Setiap bulan Islam pada tarikh 17,19 dan 21 hijrah.
» Jika tiada penyakit, boleh lakukan dua atau tiga bulan sekali.

KESAN SAMPINGAN
» Rasa gatal yang normal pada kulit selepas berbekam. Bersihkan diri atau mandi seperti biasa menggunakan sabun.

PANTANG LARANG
» Tiada sebarang larangan ketika, sebelum atau selepas berbekam. Terpulang kepada individu untuk berpantang. Jika mempunyai masalah elergi, elak makanan yang menyebabkan kegatalan dalam tempoh dua hari sehingga luka kering.

PERLU PUASA ATAU TIDAK?
» Berpuasa tidak mengganggu aktiviti berbekam. Disarankan makan roti atau makanan ringan sekadar isi perut terutama individu yang mempunyai tekanan darah rendah. Elak makan nasi atau yang terlalu mengenyangkan.

 

ALTERNATIF JAGA KESIHATAN
» Boleh dijadikan rawatan healing untuk individu yang selalu stres
» Sesuai untuk mereka yang kerap migrain.
» Bagi penyakit tiga serangkai amalan bekam dapat mengekalkan bacaan gula dan lemak dalam darah tetapi perlu dilakukan secara konsisten.
» Stres belakang tengkuk berkurangan.

Sumber; Utusan.com.my  , 5 julai 2023


Turunkan paras insulin dalam darah

Pengamal Perubatan Alternatif Terapi (Bekam), Dr Rosmawati Mohamed, berkata bekam basah membantu pesakit kencing manis menurunkan paras insulin.

Rawatan secara sistematik mengikut prosedur asas terapi, selain pemantauan jurubekam membantu pesakit mendapatkan manfaat.

“Mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) British Company Sosiety (BCS), jurubekam terlebih perlu melakukan pemeriksaan awal dengan mengetahui sejarah pesakit sebelum prosedur dijalankan.

“Pesakit tidak boleh mengharapkan rawatan bekam semata-mata untuk pulih sepenuhnya, mereka perlu tingkatkan disiplin mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula menerusi amalan makan secara sihat,” katanya.

Dr Rosmawati berkata demikian ketika ditemui sempena Wacana bertajuk Darah, Bekam dan Urut dari perspektif Etno-Sains Perubatan Alam Melayu, anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi baru-baru ini.

Terapi kurangkan kesakitan

Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi.

Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari.

Berdasarkan tempoh itu, beliau menggalakkan rawatan bekam basah dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Kaedah torehan yang sempurna, menggunakan pisau cukur yang diubahsuai dengan mematahkan sebahagian menjadi satu mata. Kedalaman pisau cukur berkenaan perlu tidak melebihi dua milimeter.

“Kedalaman itu sudah memadai untuk memberi kesan torehan berkesan iaitu tidak terlalu dalam atau cetek. Pastikan pisau tidak digunakan berulang kali sebaliknya dipakai buang.

“Kebanyakan pengamal bekam selesa menggunakan jarum khusus bekam yang memantul untuk mencucuk bahagian yang hendak dibekam,” katanya.

Patuhi 10 titik bekam

Terdapat 10 titik bekam tradisional mengikut sunnah pada seluruh tubuh tetapi boleh lebih banyak mengikut mengikut masalah yang dihadapi berdasarkan keperluan setiap individu.

Biarpun titik bekam boleh dilakukan seluruh tubuh, namun beliau berkata, rawatan itu tidak boleh dilakukan terlalu banyak untuk satu sesi.

Pesakit disaran melakukannya pada kuantiti lima hingga 10 cawan untuk satu sesi rawatan.

Pesakit juga dinasihat mengambil vaksin terlebih dulu sebelum melakukan prosedur berkenaan.

Jumlah darah yang keluar dari tubuh juga tidak boleh terlalu banyak. Dianggarkan antara 50 hingga 60 mililiter (ml) sekali rawatan kerana bimbang boleh memudaratkan kesihatan.

Selain lebam dan luka mengambil masa lama sembuh, kesan lebih buruk yang tidak diingini boleh berlaku selepas prosedur bekam ialah penyakit hepatitis B dan C serta HIV yang merebak melalui darah.

Pastikan pusat rawatan mematuhi amalan standard bagi mengelak kemungkinan berlaku jangkitan.

Lebih membimbangkan sekiranya pesakit dalam keadaan yang tidak bersedia atau cergas untuk bekam, selain risiko menyebabkan kematian, Namun setakat ini, tiada laporan dan tidak pernah berlaku kematian kerana bekam.

INFO: Berbekam mengikut prosedur

→ Segelintir masyarakat di negara melakukan bekam terhadap anak kecil seawal usia tiga atau empat tahun. Anak terlalu kecil tidak sesuai kerana sistem antibodi masih kuat.

→ Standard prosedur BCS menetapkan had usia 16 tahun bagi individu yang layak berbekam.

→ Disarankan mengehadkan usia boleh mula bekam pada usia 12 tahun kerana lebih fleksible.

→ Pada usia berkenaan individu boleh memahami fungsi bekam dan mudah memberi kerjasama sepenuhnya. Syarat tertakluk kepada kebenaran ibu bapa dan penjaga.

Panduan asas berbekam

Sebelum bekam

→ Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.

→ Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.

→ Elak minuman manis Selepas bekam

→ Elak aktiviti lasak

→ Elak terus mandi sejurus selepas berbekam.

→ Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.

→ Elak melakukan hubungan

kelamin dalam tempoh 24 jam

sumber: bharian.com.my  , 29.9.2018


Pusat Bekam di Bandar Baru Jelawat : SPA BEKAM ADDON


Rawatan Bekam


Sunnah Berbekam

Sabtu, 7 Oktober 2023

Bekam

 SPA BEKAM TELAH BEROPERASI DI BANDAR BARU JELAWAT


PT 4355, No 28 (Tingkat 2), Bandar Baru, Jelawat, 16070 Bachok, Kelantan

Contact : 019-658 8157

MAPS

Waktu Operasi : 10 pagi - 7 malam

Perkhidmatan/pakej disediakan:




LINK:

JENIS DAN FAEDAH BERBEKAM


 


Ahad, 25 Jun 2023

Tasik Kenyir, Terengganu.

    Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan dengan keluasan 38,000 hektar. Terletak di daerah Hulu Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah barat dan Negeri Pahang di sebelah selatan, Tasik Kenyir adalah sebahagian daripada Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

    Jun 2023, kami berkesempatan melawat beberapa lokasi pelancongan di Tasik Kenyir melalui aktiviti House Boat. Antara lokasi yang sempat dilawati ialah Air Terjun Saok dan Taman Herba.

Beberapa panorama sekitar lawatan:

 







































# Pelancongan
# Hulu Terengganu
# Terengganu

Selasa, 20 Jun 2023

KAWAD KAKI PBSM

 ARAHAN KAWAD BSM

No

BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI BSMM

1.

Baris / Skuad.

2

Baris .Sedia.

3

KeKanan .Lurus.

4

Pandang. Depan .

5

Buka Barisan .Gerak .

6

Tutup Barisan. Gerak.

7

Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing.

8

Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.

9

Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing.

10

Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

11

Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

12

Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.

13

Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.

14

Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .

15

Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.

16

Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .

17

Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.

18

Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.

19

langkah , kekanan gerak .

20

langkah , ke kiri gerak .

21

langkah , ke hadapan gerak .

22

langkah , ke belakang gerak .

23

Dari kiri , cepat jalan .

24

Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x

25

Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x

26

Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing.

27

Dari kiri / kanan , kanan belok .

28

Dari kiri / kanan , kiri belok.

29

Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing.

30

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang ,  kekanan / kiri pusing.

31

Hormat , ke hadapan hormat.

32

Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat.

33

Hormat , kekanan hormat.

34

Hormat , kekiri hormat.

35

Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .

36

Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x

37

Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing.

38

Dari kiri / kanan , kanan belok.

39

Dari kiri / kanan , kiri belok.

40

Bergerak kekanan / kiri  kekanan / kiri pusing.

41

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang ,  kekanan / kiri pusing.

42

Tukar langkah cepat , cepat jalan .

43

Skuad henti .

44

Hentakkaki

45

Skuad henti .

46

Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula  dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)

47

Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)


VIDEO KAWAD :